Popular Posts

Friday 22 November 2013

Pemandu Kenderaan Gred R3 - RM 792.60 - RM 1,767.76








Pemandu Kenderaan Gred R3
  1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. (a) warganegara Malaysia;
      (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      (c) (i) tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
           (ii) memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
                Pengangkutan Jalan (JPJ); [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)]; dan
           (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang
                 diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
      (d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

      Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
      Lesen D P1 - RM 884.90
      Lesen E/E1/E2   P1 - RM 931.05
      Lesen F/H P1 - RM 977.20
      Lesen G/I P1 - RM 1,023.35
  2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan:

      (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) (ii) dan (iii) di atas; dan
      (ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 

Deskripsi Tugas

Memandu kenderaan jabatan seperti ambulan, bas, lori dan lain-lain dengan berdisplin serta mematuhi peraturan jalanraya. Memeriksa dan memastikan keadaan kenderaan seperti tayar, minyak, minyak pelincir, air dan bateri berada dalam keadaan memuaskan dan melaporkan sebarang kerosakan atau kemalangan kepada Ketua Jabatan dengan segera.

Gred dan Jadual Gaji

Gred R3 RM 792.60 (Minimum) - RM 1,767.76 (Maksimum)

No comments:

Post a Comment