Popular Posts

Friday 22 November 2013

Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3 - RM 792.60 - RM 1,767.76

Pekerja Awam Khas (Pemandu Motobot) Gred R3
  1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. (a) warganegara Malaysia;
      (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      (c) (i) tamat darjah enam (6) sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
           (ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
      (d) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

      Gaji permulaan ialah pada Gred R3: P1 RM 838.75
  2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    1. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pekerja Awam Khas Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan:

      (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) (ii) di atas; dan
      (ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 

Deskripsi Tugas

Memandu bot/ bot ambulan dengan cermat dan mematuhi peraturan. Memeriksa dan memastikan keadaan enjin, minyak, bateri dan keseluruhan bot berada dalam keadaan memuaskan. Menentukan bot disimpan ditempat yang selamat dan memastikan jaket keselamatan dipakai oleh penumpang. Memastikan juga pembantu (Jurumudi/Kelasi) berada bersama ketika memandu.

Gred dan Jadual Gaji

Gred R3 RM 792.60 (Minimum)- RM 1,767.76 (Maksimum)

No comments:

Post a Comment