Popular Posts

Thursday 5 December 2013

Jenis-jenis Resume

Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional Resume ataupun Combination Resume.

 

Chronological Resume

Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau beberapa pekerjaan yang terakhir) diterangkan secara terperinci, dan tiada seksyen major tentang kemahiran dan pencapaian pada permulaan resume. Resume ini biasa digunakan apabila seseorang itu melakukan pekerjaan yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan bidang yang sama. Ia juga digunakan didalam bidang perundangan dan akademik. Adalah disarankan bahawa jenis resume ini disertakan dengan objektif dan kesimpulan, supaya menjadi fokus untuk bacaan majikan.
[contoh | download]

Functional Resume

Functional Resume lebih memfokus ke arah kemahiran dan pengalaman anda berbanding berapa banyak jawatan yang telah anda pegang. Ia kerap digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau sudah lama tidak bekerja.
[contoh | download

Combination Resume

Combination Resume menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda terlebih dahulu. Seberapa banyak pekerjaan yang telah anda lakukan akan disenaraikan kemudian. Dengan resume jenis ini, anda boleh mengetengahkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, dan juga menyediakan maklumat tentang sejarah pekerjaan anda mengikut keperluan majikan.
[contoh | download]
   

No comments:

Post a Comment