Popular Posts

Friday 22 November 2013

PANDUAN TEMU DUGA

PANDUAN TEMU DUGA


1. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa temu duga


Tuan / Puan dikehendaki untuk membawa bersama dokumen-dokumen asal
dan salinan fotostat (telah disahkan) seperti berikut :         
(a) Kad Pengenalan ;   
(b) Sijil Kelahiran ;   
(c) Sijil Berhenti Sekolah (Darjah 6 / Tingkatan 3 / Tingkatan 5);    
(d) Sijil Keputusan UPSR / SRP / PMR / SPM ;   
(e) Lesen Memandu yang masih sah (CDL sahaja) - jika memohon jawatan
Pemandu Kenderaan

Dokumen tambahan :


Bagi calon Bekas Tentera / Bekas Polis :
(f) Buku Tamat Perkhidmatan (BAT) ;

Bagi calon Pegawai Sedang Berkhidmat / KPSL :
(g) Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini ;
(h) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang terkini ;
(i) Surat Kelulusan Pengisytiharan Harta ;

Bagi calon Anggota Sambilan Kementerian Kesihatan Malaysia :
(j) Surat pengesahan Ketua Jabatan yang terkini ;

Bagi calon Orang Kurang Upaya (OKU) :
(k) Kad Pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat 
Malaysia ; dan

(l) Lain-lain surat perakuan (testimonial) yang berkaitan jika ada
       

Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki
boleh menjejaskan peluang tuan / puan untuk dipertimbangkan dalam
temu duga.       



2. Pakaian semasa menghadiri temu duga


Tuan / Puan adalah dikehendaki untuk berpakaian sopan dan bersesuaian
semasa menghadiri temu duga. Contoh pakaian yang dibenarkan ialah :

(a) Lelaki
- Kemeja berkolar lengan panjang atau pendek
- Seluar slack hitam panjang
- Kasut hitam

(b) Perempuan
- Baju kurung / Baju kurung moden / Baju kebaya labuh
- Suit Punjabi
- Kemeja dan skirt panjang
- Kasut yang bersesuaian


3. Adab semasa menghadiri temu duga


 (a) Hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan
(b) Menyediakan semua dokumen seperti yang dikehendaki (asal dan
salinan fotostat yang telah disahkan)
(c) Berpakaian sopan dan kemas
 (d) Bagi calon lelaki, pastikan rambut tidak panjang
(e) Bawa bersama alat tullis (pen) dan fail yang sesuai untuk menyimpan
dokumen
(f) Menjaga tingkah laku semasa di pusat temu duga
(g) Tidak membuat bising semasa di pusat temu duga

  



  


 


 
 


No comments:

Post a Comment